Friday, March 26, 2010

Jagalah dirimu baik-baik,
usahakanlah kemuliaannya,
kerana
engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa
tetapi
kesempurnaan budi dan adab
-Nabi SAW

E.N.G.K.A.U M.E.M.A.N.G. C.A.N.T.I.K

Engkau memang cantik selagi kau tidak melulu,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adap,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Quran,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kaukasihi ibubapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau pandai menjahit dan memasak,
Engkau memang cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat,
Engkau memang cantik selagi kau sabar dan tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berkebajikan,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Allah SWT,
Engkau memang cantik selagi kau SEINDAH ISLAM...

Sunday, March 21, 2010

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA...

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia2 itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya...

Thursday, March 18, 2010

TIPS MEMUJI PASANGAN

1. Jangan sekali-kali berasa ragu utk memujinya. Selain itu sesekali cium pipinya &
rangkul pinggangnya bila anda berjalan bgnnya....(utk yg dah berkawen lah)....

2. Berlah pujian yg spesifik kepadanya, misalnya dada kamu bidang sekali & membuat saya rasa
aman berlindung disitu.

3. Pada umumnya wanita mempunyai bahagian tubuh yg tidak disenanginya. Nah anda harus
dpt membuatnya yakin bhw. seluruh bhgian tubuhnya seksi bagi anda.

4. Anda selalu memandu kereta sendiri. Jika sesuatu ketika anda mengalami masalah, mintalah
bantuannya. meskipun anda tahu bhw sebenarnya dia tidak begitu mahir. Tunjukkanlah
padanya yg anda benar2 memerlukannya.

5. Mintalah foto masa kecilnya & simpanlah foto itu dlm dompet anda.

6. Setiap orang memiliki suatu rahsia. Anda tak perlu memaksa si dia menceritakannya. Biarkan
tersebut tetap menjadi miliknya meskipun mungkin anda amat terseksa, lupakanlah
bukankah anda juga punya suatu Rahsia???

Jika Cinta tidak Kesampaian

Jika hubungan cinta anda putus di tengah Jalan, tidak perlulah anda menangisi perpisahan tersebut. Sebenarnya terdapat hikmah yang tersembunyi Antaranya:

-Fokus terhadap perkara yang penting;

Walaupun hubungan tersebut telah berakhir, anda tidak dapat lari dari berasa marah. Anda mungkin ada menyimpan rasa mahu membalas dendam tetapi sebenarnya perpisahan ini boleh membuatkan anda lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya anda.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh berkawan dgn ramai lg rakan sekerja yg selama ini anda tidak pernah terfikir utk berkenalan, anda juga boleh bekerja lebih masa (disebabkan kini anda tidak mempunyai masa utk bertemu janji seperti dahulu). Ini akan meningkatkan daya kerja anda.

Masih tidakpercaya? bayangkan ini sbg. motivasi. Anda seorang wanita berjaya, menjadi buruan syarikat terkenal yg mahukan kemahiran anda. Dia (bekas Teman Lelaki) masih bekerja ditahap yg sama dan tidak ada perubahan dlm hidupnya.

-Tingkatkan Nilai Diri

Akhirnya anda mempunyai masa utk melakukan perkara berfaedah. Jika selama ini anda pasti akan berjumpa dgn teman lelaki tak kira masa, bersembang & sbgnya, kini masa tersebut blh digunakan utk melakukan kerja2 pejabat yg lebih penting, produktiviti anda juga boleh meningkat.

-Berfikir Positif

Perpisahan tak bermakna anda telah gagl, mungkin ini adalah salah satu petanda bhw. anda perlu berubah angin. mungkin anda blh mula memikirkan masa hadapan anda mencari kerja yg lebih bagus (pangkat yg tinggi, gaji yg tinggi) disyarikat yg lain mgkin dapat membantu anda meneruskan kehidupan.




Madah

"Apalah ertinya kekayaan yang telah
dipinjamkan sementara oleh ALLAH kepada
kita jika digunakan kejalan mungkar dan
bersifat kedekut? Sepatutnya kita
menggunakan kejalan ALLAH".

Makanan Pembentukan Otak

-Protein adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dlm kandungan. Ia boleh didapati dari daging lembu, ayam, ikan, tauhu, tempe, kacang hijau, susu dan telur.

-daripada semua itu, ikan, makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protein yg mudah hadam & diserap kedlm saluran darah dan seterusnya dibekalkan kpd bayi dlm kandungan. Ada yg percaya makan lebih makanan dr kacang soya boleh menghasilkan kulit bayi yg cantik! Mungkin petua ini BENAR!

-Minyak ikan juga dipercayai penting bagi pembentukan otak bayi. Makanlah minyak ikan
dan telur ikan dalam kadar yg lebih drpd. biasa mulai kandungan 5 bulan ke atas. Amalan meratah ikan & tauhu juga baik bagi wanita2 hamil.

Gembirakanlah Hati Kekasih! Jangan sekali melukai Hatinya!

Bagaimana nak buat hati kekasih gembira dan tidak dilukai?

1. Kita mesti setia dalam bercinta.
2. Tidak curang.
3. Tidak bercakap bohong dan memungkiri janji.
4. Melakukan perkara yang baik menurut perintah Allah dan tidak melakukan perkara buruk @ yang sangat dibenci oleh kekasih.
5. Tidak panas baran & sentiasa sabar.
6. Bertanggungjawab dalam segala hal mengikut kemampuan.
7. Rencah yang lain:
-sentiasa mengambil peduli/berat terhadap kekasih.
-bersikap penyayang, jujur, ikhlas, tak degil (kepala batu) dan sbgnya.
-Jangan terlalu ego sangat.
-saling memahami, membantu, menghormati, bertolak ansur serta bersifat pemaaf.
-tidak kedekut, tak malas, tak suka membebel dan jauhi hal2 yg boleh membuat kekasih kita 'Tension'

*Sekiranya kita ada sifat2 murni itu, insyallah dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah hubungan kita dgn kekasih akan bahagia.

Friday, March 5, 2010

Malam ni abg dan adik tido lambat...selalunya kembar ni suka tido awal dalam pukul 9-9.30 mlm....abah adik abg ni xde nk tidoq kan dorang so xnk tidoq la....dorang tggu abah dorang balik...dengar suara abah dorang baru blh tidoq...biasalah anak abah.....abah dorang g dengar org ceramah kat area serdang jugak lah.....umi xblh ikut sbb jaga hazim dan haziq......

Tuesday, February 16, 2010

BIRTHDAY HAZIM DAN HAZIQ

Nak coret la sikit pasal Majlis Birthday dan Majlis Doa Selamat yang diadakan pada 1-11-2009 tahun lepas...selagi ingat di kepala ni....
Birthday hazim haziq 30 October 2009 hari Jumaat, disebabkan hari Jumaat dan hari org bekerja, majlis di buat pada esok harinya...hari Sabtu. Ya Allah, memang meriah sangat birthday hazim haziq.bab makan2 ni mak tok sponser....siap pasang khemah lagi....persediaan makanan disediakan bersama2 jiran berdekatan disini...gotong royong.....bnyk menu dimasak....
Umi hanya menyediakan dadih 200 kotak, hadiah kecil untuk kanak2 yang hadir...
HADIAH yang hazim dan haziq dapat memang banyak (termasuk baju).....tak lupa jugak duit pun dapat...banyak lah jugak RM600...Fuhh...memang berbaloi2.....itulah kenangan bg umi dan abah untuk anak2 umi yang tersayang.....Majlis harijadi pada umur satu tahun....

HADIAH GONG XI FAI CAI

Awal pagi hazim dan haziq sudah terima hadiah dari jiran depan rumah.......aunty depan rumah bagi hadiah raya cina pada hazim haziq......

aunty bg hadiah coklat kotak besar pada hazim coz hazim berani p dekat dgn aunty......haziq takut la pulak.....so ia dapat hadiah coklat kotak kecik sikit dari hazim..... dapat jeli sumi dan buah limau........

Monday, February 15, 2010

KALi perTAme MengaraNg bLoG

Perasaan sangat teruja.....dah lama nak buat blog tapi xberkesempatan la....arini baru blh buat la.....scha eyda bz sesangat la.. (hey bape punyer banyak la .. la....... ) XD

hazim menangis sebab test baju baru....menangis je ...